SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu
sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan
misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis
yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah
pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu
sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan
peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan
mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis
itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya
ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni
itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar
dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang
dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat
dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat
potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan
kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang
memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu
aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa.
Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan
penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan
makna di sebalik senyuman itu.
Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar
rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka
khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan
senyuman seunik itu.
Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti
Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data
berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan
bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya,
program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da
Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83
peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua
peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan,
cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona
Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam
lukisan itu.
Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri
dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda
kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya.
Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati
bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga
dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan
demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak
dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.
"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas
terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar,"
kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis.
Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau
baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.
Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu
gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga
dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian
berkenaan selepas melahirkan putera kedua.
Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci
menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan
sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka
memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam
potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.
Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua
mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini,
isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa
yang digunakan bermaksud Madam Lisa.
Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa;
selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona
Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos.
Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model
kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai
Caterina.
Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa
dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia
berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji
teknik melukis wajah seseorang.
Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian
Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya
wajah Leonardo sendiri dalam versi wanita. Teori itu diperoleh apabila
Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya,
didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
FAKTA: Potret Mona Lisa
Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21
Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium
terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan
itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan
lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai
sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret
itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain
adalah Giocanda.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah
pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya
juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga
ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan
kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan
hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas
terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak
memiliki sopan santun.
Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
Sabtu, 08 Desember 2012
Misteri Potret MonaLisa & Leonardo da Vinci
04.09
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
BalasHapusKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل